Hari ini :
You are not log in? >> Please Login

Pilihan raya bukan suatu peperangan - MAFREL

KOTA BHARU 15 Jun - Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) meminta semua pihak yang mendokong parti masing-masing dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai mengelak daripada mengapi-apikan emosi penyokong.

Ketua Misi Pemerhatian Mafrel, Dr. Abdul Halim Yusof berkata, mereka perlu memastikan penyokong bertindak rasional dalam melaksanakan demokrasi yang sihat dan bukannya menganggap ia satu 'peperangan'.

''Semua pihak perlu menghormati undang-undang dan peraturan pilihan raya secara ikhlas dan tidak sama sekali membuat apa-apa justifikasi atau helah untuk melanggarnya," ujar beliau.

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini semalam berhubung Mafrel berharap dapat turut berperanan memerhati dan memantau pilihan raya kecil itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai hari penamaan calon bagi Pilihan Kecil Manek Urai manakala hari pengundian pada 14 Julai.

Katanya, Mafrel sedang dalam proses memohon akreditasi pemerhatian perjalanan penamaan calon dan pengundian.

- Utusan Malaysia 16 Jun 2009

About this entry

Post a Comment

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008