
GAMBAR | PENERANGAN | LOKASI/UPU | TARIKH | AGENSI TERLIBAT |
Membina dan menyiapkan 2 blok bangunan sekolah empat tingkat dan kerja berkaitan di Sek. Chuchoh Puteri, Kuala Krai, KELANTAN. | Chuchoh Puteri, DUN Manik Urai | 4 Feb 2009 – 22 Jun 2010 | Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Wangsa Bina (M) Sdn Bhd | |
Projek ubahsuai dan naiktaraf rendah, menengah dan sokongan pendidikan secara requesition di Sekolah Kebangsaan Lakloh, Kuala Krai, KELANTAN. | Lakloh DUN Manik Urai | 14 April 2009 – 10 Jun 2009 | Kementerian Pelajaran Malaysia | |
Program Khidmat Penyayang Bersama Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ybhgia Dato’ Saripuddin Kasim Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. | Kawasan Lakloh Kawasan Manik Urai Lama Kawasan Chuchoh Puteri B DUN Manik Urai | 17 Jun 2009 | Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Kuala Krai | |
Kerja-kerja menghampar crusher jalan kawasan pertanian (Jalan Pak Leh) serta kerja-kerja, berkaitan di Chuchoh Puteri B, Kuala Krai, Kelantan | Kawasan Chuchoh Puteri B, DUN Manik Urai | 8 April hingga 8 Jun 2009 | KESEDAR ( Pengarah Unit JKR Kesedar) JMI Jaya Enterprise | |
Kerja-kerja membaikpulih jalan tar lama ke Bukit Sabah, serta kerja-kerja berkaitan di Sg Sok, Kuala Krai, Kelantan | Kawasan Sungai Sok, DUN Manik Urai | 8 April hingga 8 Jun 2009 | KESEDAR ( Pengarah Unit JKR Kesedar) Saraan Bistari Trading | |
Membina dan menyiapkan 2 blok bangunan sekolah empat tingkat dan kerja berkaitan di Sek. Kebangsaan Karangan, Kuala Krai, KELANTAN. | Kg. Karangan, Kuala Krai, KELANTAN. | 4 Febuari 2009 hingga 22 Jun 2010 | Jabatan Kerja Raya Kuala Krai Jati Estetika Sdn Bhd | |
Membina dan menaik taraf longkang, jalan jambatan, dewan serbaguna dan lain-lain | Kg Baru Manik Urai DUN Manik Urai | - | Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Bahagian Kemajuan Perkampungan) | |
Membina dan menaik taraf longkang, jalan jambatan, dewan serbaguna dan lain-lain | Kg Baru Lakloh DUN Manik Urai | - | Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Bahagian Kemajuan Perkampungan) |
MAFREL juga cuba mengesan projek-projek segera dari agensi kerajaan negeri tetapi setakat ini masih belum ada tanda-tanda projek seumpama itu.
KESIMPULAN
Istilah Projek ’Mee Segera’ adalah istilah yang dipopularkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sewaktu berkempen di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Ia adalah janji PM untuk tidak melaksanakan projek ’mee segera’ dalam mana-mana Pilihanraya yang disertai oleh Barisan Nasional.
Daripada pemantauan awal yang dilakukan oleh Pemerhati MAFREL, jelas berlaku projek ’mee segera’ di dalam Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan. Tempoh projek tersebut adalah bermula dari 4 April 2009 hingga 22 Jun 2010. Kepadatan aktiviti berdasarkan tarikh adalah amat padat sewaktu tempoh berberapa hari bermulanya tempoh Penamaan Calon iaitu 6 Julai 2009 hingga tempoh masa Hari Pengundian di PRK Manik Urai.
Berberapa agensi Kerajaan telah dikenal pasti terlibat secara langsung dalam projek ’mee segera’ ialah;-
- Jabatan Kerja Raya
- KESEDAR
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Program dan aktiviti kempen awal banyak tertumpu berhampiran Pusat Pengundian. Sasaran program projek ’mee segera’ adalah banyak tertumpu kepada;-
- Pelajar sekolah rendah dan menengah – ibu bapa
- Penerima skim bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat – individu yang berpendapatan rendah dan ibu tunggal.
- Penduduk di kawasan pendalaman
Maka daripada bukti bergambar di atas, dapat disimpulkan bahawa telah berlaku projek ’mee segera’ di kawasan Pilihanraya Manik Urai dan dijangkakan lebih banyak lagi projek-projek ’mee segera’ yang akan dilaksanakan semasa Tempoh Kempen bermula, iaitu selepas 6 Julai 2009.
MAFREL memandang projek-projek ini sebagai satu amalan yang amat hina kerana ia mengganggap mentaliti masyarakat Malaysia boleh digula-gulakan dengan pembangunan yang tidak teracang dengan peruntukan yang dibuat secara luar biasa yang akhirnya merugikan rakyat juga.Sampai bila pemimpin-pemimpin politik ingin meneruskan budaya memperbodohkan rakyat dan meneruskan budaya rasuah politik seperti ini.MAFREL akan terus dengan agenda menjadikan pilihanraya adil dan bebas dan tidak akan membisu melihat kesalahan demi kesalahan dilakukan walaupun sesetengah pihak sudah mengganggap nya sebagai perkara-perkara biasa-kesalahan biasa, semua pihak buat belaka!
MAFREL Kelantan
www.mafrel-kelantan.blogspot.com
hello mafrel..
saya rasa definisi mee segera ialah jika ia bermula setelah by election diumumkan. projek-projek di atas kebanyakannya bermula sebelum itu. jadi tidak kira mee segera lah..
projek mee segera bermaksud projek yang sengaja ditonjolkan untuk orang ramai biasanya kepada penduduk yang terlibat dengan pilihanraya kecil seperti Manik Urai untuk memamcing undi dengan peruntukan yang diperolehi melalui cukai paksa yang dikenakan kepada seluruh rakyat sesebuah negara seperti Malaysia. Tujuannya adalah untuk memperdayakan orang-orang kampung yang kurang berpelajaran dalam hal-hal politik (biasanya merupakan bilangan majoriti sesuatu kawasan DUN atau KP) untuk memperolehi sokongan mereka melalui undian. Apabila mereka menang, mereka ini yang pakar dalam projek mee segara ini akan segara pulak memberhentikan projek tersebut tanpa sebab supaya peruntukan (Duti titik peluh rakyat) yang sepatutnya disalurkan kepada projek mee segera dapat disalurkan kepada kroni-kroninya di mana biasanya orang-orang umno la. Akhirnya mereka la yang akan menjadi kaya-raya, duduk dalam banglo dengan tanah yang luas (tanah kepunyaannya pun dirampas daripada rakyat). Dengan maksud yang lain, projek mee segera ini hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja, akhirnya rakyat la yang akan merana keperitan hidup seperti contoh penduduk-penduduk Manik Urai. Maka kesimpulanya, saya menasihatkan semua penduduk Manik Urai suipaya tidak berganjak untuk memberi sokongan tak pecah belah kepada PAS
di masa pilihanraya kecil akan datang. Diingatkan sekali lagi bahawa duit mereka yang dibelanjakan untuk projek mee segera adalah DUIT TITIK PELUH RAKYAT MALAYSIANS. Fikir-fikir la
tak kisahlah bila mereka memulakan projek tue! yg rakyat malaysia keseluruhan yg tidak kena mengena dgn politikus ni tau projek2 tue tak berfaedah kepada rakyat! hanya berfaedah kepada segelintir golongan mee segera yg suka makan duit haram dan bercakap mcm org alim yg kononya mempertahankan perinsip2 agama dan bangsa! tolonglah rakyat tak duk lagi dlm tempurung dah lama keluar dari tempurung tetapi yg masih duduk dlm tempurung ni org2 politik yg masih berangan bole memperdayakan rakyat dgn tektik kuno lagi!
Tak berfaedah?
'Program' juga termasuk dalam 'projek' mee segera ke?
Nak tunggu projek kerajaan negeri tak tau bila nak buat.
Semua projek tu dibuat selepas kematian ADUN tersebut ke?
Duit rakyat? mungkin betul kepada rakyat yang membayar cukai dan yang rajin berusaha. Duit tabung jihad pula siapa yang dapat?
biasa la puak puak nih.. nak cari salah UMNO.. di korek korek walaupun tak de...
kelako kan program ngan projek tak leh nak dibezakan.. mantau mende cam tu..
Basala. Pilihanraya kecil ni tempat tabur duit melalui projek Mee Maggi.
biarla!!!dok gege wat gapa projek tu hak rakyat ore bagi ambik.undi pas.undi sapa pun tak tau ke!
Dah tau dah pas menang tak sah dok gege lah.kalu uji tokey ikan jadi calun ,lagi besar majoritinya
pas menang,kalu ore lain tak taula.