Hari ini :
You are not log in? >> Please Login
Showing posts with label Berita MAFREL. Show all posts
Showing posts with label Berita MAFREL. Show all posts

MAFREL dakwa kesan unsur rasuah di Manek Urai

Badan pemantau pilihanraya, MAFREL, khuatir dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh individu, jabatan, agensi kerajaan dan pelbagai pihak yang terlibat dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai yang bermula semalam.

Sehubungan itu, MAFREL menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya "lebih menonjol dan menzahirkan kewujudannya di pilihanraya kecil tersebut".

Ketua Misi MAFREL bagi pilihanraya kecil Manek Urai, Dr Abdul Halim Yusof berkata, pihaknya sudah mengesan wujudnya unsur-unsur rasuah.

Oleh itu, katanya Mafrel berharap SPRM dapat bertindak lebih proakif dan mengambil langkah pencegahan.

"MAFREL mencadangkan SPRM mengambil tiga langkah segera dalam konteks pencegahan rasuah dalam pilihanraya kecil Manik Urai:

  • Mewujudkan pusat-pusat aduan yang beroperasi 24 jam yang khidmatnya merangkumi seluruh kawasan Manek Urai
  • Melancarkan talian hoteline, servis pesanan segera (SMS) dan emel untuk memudahkan orang ramai menyampaikan menyampaikan aduan secara cepat, mudah dan berkesan
  • Meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahaya rasuah dalam pilihanraya dengan cara: -Mencetak poster, banner dan risalah untuk diedar di seluruh kawasan Manek Urai. -Menggunakan media massa secara meluas seperti radio, telivisyen dan akhbar.

"MAFREL yakin rakyat menaruh harapan penuh kepada SPRM supaya berani dan bertindak dengan lebih tegas bagi menguatkuasakan undang-undang mengikut bidang kuasa yang telah diberikan kepada SPRM.

"MAFREL sebagai badan bebas dan komited dengan agenda pembersihan rasuah dalam pilihanraya, bersedia untuk bekerjasama dan membantu SPRM secara bersungguh-sungguh dalam menangani gejala rasuah," tambahnya.

Sumber: Malaysiakini
Read On 0 comments

Polis ambil pendekatan 'luas biasa' takutkan pengundi Manik Urai

Ulasan MAFREL Kelantan:- Daripada pemantauan yang dilakukan oleh pihak MAFREL pada 16 Jun 2009, jelas kelihatan polis yang berpakaian biasa. Mereka bertugas dengan menaiki motosikal, 'lepak' di kedai-kedai makan dan kedai kopi, di mana-mana tempat yang ramai orang. Daripada temubual petugas MAFREL dengan penduduk tempatan, jelas perkara ini 'menakutkan' para penduduk dan pengundi di DUN Manik Urai.





Polis ambil pendekatan luar biasa di Manek Urai

Oleh Mohd Zuharman

MANEK URAI, Jun 17 — Polis mengambil pendekatan luar biasa di Manek Urai. Kalau dalam pilihan raya kecil sebelum ini, polis datang dengan berpakaian seragam lengkap dan mendirikan khemah-khemah Martek mereka, tetapi kali ini mereka menyewa rumah-rumah penduduk kampung di sini dan tidak berpakaian seragam.

Di mana-mana sahaja PAS mengadakan majlis-majlisnya, mereka akan memenuhi kedai-kedai kopi berdekatan.

Menurut pemerhati, lebih 3,000 anggota polis ditempatkan di rumah-rumah yang mereka sewa di seluruh kawasan pilihan raya itu.

Malaysia For Free And Fair Election (Mafrel) yang sedang dalam proses memohon akreditasi untuk menjadi pemerhati bebas rasmi pilihan raya ini juga melahirkan rasa prihatin mereka dengan kehadiran anggota polis ini.

Ketua Misi Mafrel Manek Urai, Dr Abdul Halim Yusof menuntut pihak keselamatan khususnya supaya lebih berhemah ketika menjalankan tugas.

“Akhir-akhir ini kerahan terhadap anggota polis amat ramai boleh membazirkan wang serta menyusahkan rakyat dan penduduk tempatan,” ujarnya.

Anggota Mafrel kini sudahpun mulai bergerak dengan tugas pemantauannya menjelang pilihan raya kecil (PRK) N41 DUN Manek Urai.

Pemantauannya merangkumi fasa prapenamaan calon, fasa kempen, hari pengundian dan fasa pasca pengundian. Sehubungan itu Mafrel sudah mula menggerakkan sukarelawan terlatih mereka dari pool seramai lebih 300 orang.

Perkara ini dinyatakan Abdul Halim dalam kenyataannya pada sidang media selepas pelancaran misi Mafrel sempena PRK DUN Manek Urai di salah sebuah hotel dekat sini.

Abdul Halim memberitahu, Mafrel sebagai badan prihatin tentang hak-hak asasi akan mengadakan sesi latihan kepada semua anggota terlibat bagi memastikan prinsip kebebasan dalam pilihan raya berjalan dengan adil.

Bagi mencapai matlamat tersebut Mafrel menyeru semua pihak menghormati undang-undang serta peraturan pilihan raya dengan jujur dan tidak membuat sebarang justifikasi atau helah melanggar undang-undang dan peraturan.

“Perkara yang kerap terjadi sebelum ini ialah penggunaan jentera kerajaan dengan sewenang-wenangnya melibatkan dana awam yang lebih kepada gimik pilihan raya.

“Paparan gambar individu bukan calon pada banner dan banting termasuk edaran berita berunsur fitnah, pembohongan yang boleh mengelirukan rakyat,” Katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak akan memastikan penyokong masing-masing bertindak rasional demi melihat proses pilihan raya mencapai tahap demokrasi sebenar.

Pada masa sama beliau turut merakamkan rasa kurang senang Mafrel terhadap Surunjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses pilihan raya pada hari bekerja sebagai bertentangan dengan objektif SPR menggalakkan pengundi keluar mengundi.

“Bahkan pengundi luar kawasan mengalami kesukaran untuk pulang mengundi. Di samping itu menyebabkan tergendalanya pembelajaran di sekolah-sekolah terlibat,” ujarnya.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com

Read On 0 comments

MAFREL kurang setuju SPR adakan pengundian hari bekerja


Zuharman MN
Tue | Jun 16, 09 | 6:53:45 pm MYT

KOTA BHARU, 16 Jun (Harakahdaily) - Malaysia For Free And Fair Election (MAFREL) akan membuat pemantauan sepanjang tempoh proses pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Ketua Misi Mafrel, Dr Abdul Halim Yusof berkata, pihaknya sedang dalam proses memohon akreditasi sebagaimana dilakukan pada pilihan raya lepas.

"MAFREL sudah mula bergerak. Pemantauan merangkumi fasa prapenamaan calon, fasa kempen, hari pengundian dan fasa pasca pengundian.

"MAFREL juga akan memobilisasikan sukarelawan terlatih seramai lebih 300 orang," katanya kepada media di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata MAFREL sebagai badan prihatin tentang hak-hak asasi berkaitan pilihan raya akan mengadakan sesi latihan bagi menjadikan pilihan raya benar-benar bebas dan adil.

Dr Abdul Halim berkata, bagi mencapai matlamat tersebut MAFREL berharap semua pihak menghormati undang-undang serta peraturan pilihan raya dengan jujur.Image

"Perkara yang kerap terjadi sebelum ini ialah penggunaan jentera kerajaan dengan sewenang-wenangnya kerana melibatkan dana awam yang lebih kepada gimik pilihan raya.

"Paparan gambar individu bukan calon pada banner dan banting termasuk edaran berita berunsur fitnah, pembohongan yang boleh mengelirukan rakyat," katanya.

Beliau juga berharap pihak keselamatan lebih berhemah ketika menjalankan tugas.

"Akhir-akhir ini kerahan terhadap anggota polis amat ramai di kawasan pilihan raya sehingga membazirkan wang serta menyusahkan rakyat dan penduduk tempatan," ujarnya.

Beliau juga berharap semua pihak memastikan penyokong bertindak rasional bagi memastikan proses pilihan raya mencapai tahap demokrasi sebenar.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menetapkan hari mengundi pada hari bekerja yang boleh menghalang pengundi keluar mengundi.

"Pengundi luar kawasan tentunya mengalami kesukaran untuk pulang mengundi," ujarnya.

Misi pemerhatian Mafrel itu turut dibantu Haji Nik Zulkifli Nik Salleh selaku Penyelaras Misi Mafrel Manek Urai. - mj _

Read On 0 comments

Pilihan raya bukan suatu peperangan - MAFREL

KOTA BHARU 15 Jun - Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) meminta semua pihak yang mendokong parti masing-masing dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai mengelak daripada mengapi-apikan emosi penyokong.

Ketua Misi Pemerhatian Mafrel, Dr. Abdul Halim Yusof berkata, mereka perlu memastikan penyokong bertindak rasional dalam melaksanakan demokrasi yang sihat dan bukannya menganggap ia satu 'peperangan'.

''Semua pihak perlu menghormati undang-undang dan peraturan pilihan raya secara ikhlas dan tidak sama sekali membuat apa-apa justifikasi atau helah untuk melanggarnya," ujar beliau.

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini semalam berhubung Mafrel berharap dapat turut berperanan memerhati dan memantau pilihan raya kecil itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai hari penamaan calon bagi Pilihan Kecil Manek Urai manakala hari pengundian pada 14 Julai.

Katanya, Mafrel sedang dalam proses memohon akreditasi pemerhatian perjalanan penamaan calon dan pengundian.

- Utusan Malaysia 16 Jun 2009

Read On 0 comments

KEMAS Terlibat Dalam PRK Manik Urai?

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/10/logo-kemas.gif

Hebat! Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah bertindak secara langsung dalam tugas Pilihanraya di Manik Urai pada kali ini. Pengesahan ini dibuat oleh pimpinan UMNO Manik Urai sendiri.

KEMAS yang sepatutnya menjaga hal ehwal kemajuan kampung telah 'digunakan' sepenuhnya oleh Kerajaan untuk membuat bancian politik bagi menentukan 'survivor' sesetengah parti politik yang berkepentingan.

Penglibatan agensi kerajaan secara langsung dalam Pilihanraya adalah satu Kesalahan dalam Buku Peraturan Pilihanraya yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Berikut adalah berita yang ingin dikongsikan bersama-sama. Sama-sama kita semua menilai?

Lebih 1,000 pengundi gagal dikesan - Malaysiakini.com
Muda Mohd Noor | Jun 9, 09 5:34pm
Seramai 1,145 pengundi di DUN Manek Urai gagal dikesan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan BN sukar menilai pendirian politik mereka, kata pemimpin Umno Kuala Krai.

“Kemas yang menjalankan bancian terhadap pengundi Manek Urai tidak dapat mengesan pengundi berkenaan,” kata ahli jawatankuasa bahagian Anua Yusoff.

“Nama mereka ada dalam senarai daftar pemilih, tetapi Kemas tidak tahu di mana mereka tinggal.”

Akibatnya, tambahnya, agensi kerajaan itu tidak dapat mengukur kecenderungan pengundian mereka sama ada memangkah BN atau PAS.

Anua bagaimanapun percaya kebanyakan mereka ini penyokong setia PAS.

Selain itu, tambahnya, bancian Kemas juga mendapati terdapat kira-kira 900 pengundi atas pagar di dalam kawasan DUN itu yang akan menghadapi pilihanraya kecil antara 6 hingga 14 Julai ini.

Anua berkata, sikap mereka sukar diramal kerana kerana pengundi berkenaan tidak mahu berterus-terang.

“Bila ditanya hendak pangkah (undi) kali ini, mereka kata ‘tunggu hari mengundilah’,” katanya lagi.

Ketika ditanya peluang BN dalam pilihanraya kecil ini, Anua berkata, peluang ada jika jentera Umno bersatu dan bekerja dalam satu pasukan.

Tambahnya, dalam pilihanraya-pilihanraya terdahulu, pengundi kebanyakannya memilih calon PAS Ismail Yaacob kerana mereka menyenangi sikap penyandang itu.

“ADUN PAS itu disenangi oleh semua orang di kawasan ini, tidak kira orang PAS atau Umno.

“Kalau orang minta atap zink, dia kata pergi ambil di kedai, tak usah bayar kerana dia yang bayar,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Anua berkata, jika BN menang, penduduk Manek Urai “akan mendapat apa sahaja yang mereka mahu” sebagai “hadiah kemenangan kepada BN” setelah kalah dalam beberapa pilihanraya kecil sebelumnya.

BN tewas dalam lima daripada enam pilihanraya kecil selepas 8 Mac tahun lalu, termasuk di parlimen Permatang Pauh dan Bukit Gantang.

Pada pilihanraya Kuala Terengganu, BN gagal mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

Parti itu hanya berjaya mempertahankan DUN Batang Ai di Sarawak, April lalu.

Read On 0 comments
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008